Antara tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di
bawah Arasy ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah. Mereka bertemu
kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. Demikian sabda Rasulullah saw.
Perasaan cinta dan sayang itu
suci kerana perasaan itu memang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Cinta
itu tidak terbatas kepada sesiapa, ibubapa kepada anak, guru kepada murid,
beitu juga lelaki dan perempuan.
Tetapi sayang, perasaan yang suci ini disalahgunakan oleh
manusia lalu berlakulah perbuatan maksiat, memuaskan nafsu yang dilarang oleh
Allah. Jadi, cintanya kerana nafsu bukan kerana Allah.
Orang yang bercinta kerana Allah, dia akan dapat mengawal
dirinya daripada melakukan perbuatan maksiat. Orang yang bercinta kerana Allah
akan menjalinkan hubungan
persahabatannya untuk kebaikan dunia dan akhirat. Taraf cinta sebeginilah yang diredhai Allah dan akan mendapat
ganjaran pahala di akahirat nanti.
Selain itu, bercinta atas dasar kekayaan yang dimiliki
oleh seseorang itu tidak akan bertahan lama kerana lebih mejurus kepada
keuntungan peribadi. Lumrahnya setiap
kekayaan yang Allah anugerahkan itu tidak akan
bertahan lama.
Begitu juga halnya seseorang yang menyintai isterinya
keran amengikut perintah Allah. Begitu juga isteri mencintai suaminya kerana
perintah Allah. Mereka saling mencintai kerana
terdapat hukum mengenainya. Maka
dua golongan begini turut termasuk dalam mencintai kerana Allah. Hubungan cinta
yang wujud antara guru dan murid boleh dikaitkan dengan cinta kerana Allah.
Guru cintakan muridnya kerana tuntutan Allah agar mengasihi anak muridnya dalam
menyampaikan ilmu. Anak murid pula mencintai gurunya kerana perintah Allah agar
mentaati gurunya.
Apatah lagi kalau anak murid menyintai gurunya keran akebaikan
dan jasa yang disumbangkan oleh gurunya itu. Maka ilmu yang disumbang sudah
pasti ilmu Allah dan diredhai oleh Allah. Guru yang menyayangi anak muridnya
sehingga sanggup mendidik mereka dengan
penuh kasih sayang sudah pasti mendapat redha Allah.
Begitu juga halnya orang yang dikurniakan rezeki lebih,
lalu digunakan untuk bersedekah dan membantu orang yang kurang bernasib baik.
Atas perasaan kasih sayangnya yang tulus itu telah mendorongnya mengorbankan
sebahagiaan kekayaan yang dimiliki untuk
mendapat keredhaan Allah. Dengan cara
begini, dia bukan sahaja
mengeratkan hubungan dengan sesama manusia juga dapat mendekatkan diri
kepada Allah. Orang ini juga termasuk dalam golongan orang yang cinta kerana
Allah.
Oleh sebab itu sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah
mereka yang menggunakan segala nikmat yang dikurniakan itu untuk kebaikan diri
dan untuk orang lain. Jika kelebihan
ilmuu yang dimiliki, maka ilmu itulah digunakan untuk mendidik diri dan
masyarakatnya. Pendek kata semua yang dimiliki dimanfaatkan oleh manusia lain,
dikira sebagai cinta kepada manusia kerana Allah.
Semoga cinta umat Islam pada akhir zaman ini menjurus kepada cinta kerana Allah. Biar
di mana pun mereka berada, jika mereka takut untuk melakukan dosa dan maksiat,
di situlah nilai cinta kerana Allah.
No comments:
Post a Comment