Banyak kali kau cakap nak
berubah, tapi tak berubah-ubah.
Banyak kali kau janji nak
pegang kuat-kuat. Tapi, apa sudah jadi? Janji entah ke mana, engkau entah
di mana!
Berhenti menipu boleh tak?
Kau bijak berkata-kata bila orang tanya.
Engkau kata :"I hate
liars!", tidak pula kau laungkan "Aku paling pantang dengan
penipu!"
Takkan kau hanya
pintar mengatur baris merungkap kata je? Hari-hari kau sebut ayat yang
bermaksud ini:
"Sesungguhnya
sembahyangku ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam."
Sedarkah kau setiap kali
kau menyatakan ayat ini kau sebenarnya sedang membuat janji?
Dan sesungguhnya janji kau
kepada Allah itu adalah besar dan wajib kau penuhi?
Tetapi di mana perginya
semua janji-janji kau?
Bila kau diberi ujian
sedikit, kau mula menyalahkan takdir. Bila kau ditimpa musibah,
kau mula persoalkan kenapa orang lain tidak mengalami musibah yang
sama?
Saat itu kau tidak
menyedari lidahmu lancar mengutuk Sang Pencipta Yang Maha Esa.
"Kenapa Allah buat
macam ni? Aku benci hidup ini!" Itu lah kata-kata yang acapkali kau
jeritkan ketika kau susah.
Tetapi sedarkah kau sedang
membuat salah yang besar kepada Allah?
Mungkin kau kata, bila kau
buat salah kau sentiasa bertaubat, tetapi kenapa kau ulang balik kesalahan
kau?
Agak-agak lah kan, waktu
kau bertaubat dulu, kau minta pengampunan sebab apa? Sebab nak hapus dosa
dan nak masuk syurga je? Kau janji tadi, kau hidup kerana Allah.
Kenapa kau tak minta pengampunan kerana nak kan keredhaan-Nya?
Oh mungkin kau fikir Allah
kan Maha Pengampun. Ya, memang Allah itu Maha Pengampun. Sudah tu, kenapa
engkau selalu ambil kesempatan?
Allah berfirman yang
bermaksud:
"Nabi Yaakub berkata:
"Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" ( 12 : 98)
Ya, ini bukti kukuh bahawa
Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Tetapi adakah ini bermakna kau dibenarkan
mengulangi kesalahan yang sama berulang-ulang kali? Tahu kah kau bila Malaikat
Izrail akan datang untuk tarik nyawa kau? Macam mana jika sedang kau melakukan
kemungkaran, nyawa kau ditarik?
Wahai diri, kenapa tidak
kau jawab persoalan-persoalan itu? Kenapa kau terkelu?
Tidak malukah engkau hidup
di atas bumi Allah walhal hidup kau masih bergelumang dengan
dosa? Sedarkah kau hidup kau tidak mendapat rahmat dan barakah-Nya?
Selagi lagi tanganku
menggigil, menangisi diri ini yang sangat kotor mengenangkan betapa peritnya
azab Allah di sana nanti. Allah, Ighfir zunubi, Ya Ghafur. Ighfir zunubi.
No comments:
Post a Comment