Tidak semua tangisan itu
negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah.
Bilakah tangisan ini
membawa erti kekuatan dan kehebatan?
1. Menangis kerana rasa
cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.

Tangisan-tangisan ini
adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah
orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan
melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,
"Tidak akan masuk neraka seorang
laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali
masuk ke dalam puting..." (H.R
Tirmidzi)
Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para
sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian
mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak
menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis.(Muttafaq 'Alaihi)
Pada suatu hari Rasulullah
saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran.
Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi
merah seperti kulit yang merah" Surah
ar Rahman – 37
Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis
tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang
akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku
ini."Rasulullah saw berkata kepadanya:"
Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."
Jawapan yang sama telah
diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis
selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.
Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya
melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya
itu:"Mengapa kamu
menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat
yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku
menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau
tidak."
Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan
linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.
Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.
Bilakah kali terakhir daku
menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?
No comments:
Post a Comment